2010-07-10

Merawat Hati Yg Terluka


Assalamu'alaikum. Alhamdulillah kerana dgn izinNya aku berkesempatan melahirkan coretan ini. Kali ini aku ingin berkongsi kisah cinta remaja utk renungan bersama pula. Yela,kalau setiap masa kita hendak membincangkan hal2 politik pun tentunya membosankan kerana ianya tidak pernah bernoktah. Dan sememangnya "Ilham Pena" ini dicipta utk berkongsi segala macam cerita kpd seantero dunia. Berbalik kpd kisah yg ingin aku kongsikan disini, memang tidak dpt dinafikan bahawa remaja & cinta sukar dipisahkan. Tanyalah kpd mana2 remaja siapa yg tdk pernah jatuh cinta ataupun bercinta. Bagi aku agak mustahil utk menemui seseorang remaja yg tidak pernah melalui pengalaman bercinta yg boleh disifatkan sebagai kenangan terindah tidak kisahla cinta monyet sekalipun. Itu juga dinamakan CINTA! Jika kita ingin membincangkan hal ini dari sudut pandangan agama, secara dasarnya Islam itu tidak mengizinkan perhubungan percintaan atau lebih popular dgn istilah "couple" selain daripada perkahwinan yg sah. Namun,sebagai manusia biasa yg dikurniakan nafsu serta sifat ingin mencintai & dicintai kita tumpas dgn kuasa cinta. Nah,hasilnya jutaan hati telah remuk apabila impian yg dibina utk bersama gagal dipertengahan jalan. Ramai yg meratapi sehingga mengambil jalan mudah utk melarikan diri daripada masalah dek terlalu kecewa dgn cinta yg tidak kesampaian sehingga ada yg sanggup MEMBUNUH DIRI karena cinta. Ini bukanlah omong kosong kerana ianya telah terbukti benar. Aku bukanlah pakar motivasi yg memegang pangkat DOKTOR tetapi apa yg boleh aku nyatakan disini seremuk mana pun hati yg terluka pasti ada penawarnya. Jangan dek kerana mengikut kata hati yg dikawal nafsu hati yg terluka kerana cinta itu dibawa semakin jauh daripada Pencipta Yg Satu. Apa pun musibah yg melanda , kita perlu ingat bahawa Tuhan itu tdk pernah jauh,malahan sentiasa ada dgn kita. Apa yg harus kita lakukan ialah mendekatkan hati ini agar sentiasa dekat denganNya kerana itu merupakan penawar terbaik dalam MERAWAT HATI YG TERLUKA....

Tuhan itu sentiasa dekat dgn kita.!

2 comments:

  1. dusshh!kne sebijik,tepat kt jantung ni...coretan kt ats dtujukan utk sy ke?huk2...:) tp sy setuju dgn segala2nya di atas..cuma,bg sy cinta monyet tu tdk boleh dimasukkan dlm kategori CINTA,wlpn ada perkataan 'cinta' di hdpn 'monyet' itu...cz i had experienced both n it's totally different..kesimpulannya,apa2pn kta kena balik pd Pencipta..krna di situlah penawarnya...

    ReplyDelete
  2. coretan ini ditujukan khas utk semua rmaja. cinta monyet juga bnyk mnyumbang kpd kruntuhan akhlak rmaja spt seks bebas & pmbuangan bayi.jdi ia juga perlu dipndg serius..yeah,gud gurl,itulah pnwar hati yg terluka...

    ReplyDelete