2010-07-10

Niat;Tempat Kita di akhirat


Assalamua'alaikum. Sungguhpun aku tdk mempunyai ilmu pengetahuan yg tinggi dlm bidang agama, namun suka aku utk berkongsi apa jua cerita2 agama yg pernah aku dgr ataupun terbaca utk dijadikan renungan bersama. Dalam hadis Rasulullah SAW yg diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah diceritakan bahawa terdapat 3 golongan yg akan disoal terlebih dahulu pada hari kiamat iatu para pejuang, Orang berilmu, dan golongan hartawan. Dan digambarkan dalam hadis terbabit proses terhadap setiap golongan itu utk memberi gambaran niat mereka di dunia & tempat mereka di akhirat. Disoal kpd golongan pejuang; Apakah yg telah engkau kerjakan di dunia? "aku berjuang & bertempur pada jalan Allah sehingga aku tewas dlm medan peperangan" katanya. Allah berfirman: "Engkau berdusta. Engkau tewas bukan kerana engkau mempertahankan agama atau berjuang kejalan Allah, tetapi engkau hanya mengharapkan supaya engkau bergelar pahlawan. Oleh itu, tempatmu ialah Neraka.
Kemudian disoal pula org yg berilmu. "Apakah amalan yg telah engkau lakukan di dunia"?
Jawab mereka. "aku menuntut ilmu kemudian aku ajarkan kpd org lain. Aku juga sentiasa membaca Al Quran". Allah berfirman: "Engkau berdusta,engkau belajar & belajar supaya engkau dikatakan ulama & cendiakawan & engkau selalu membaca Al Quran supaya engkau disebut sebagai Qari. Oleh itu, tempatmu juga ialah Neraka". Yg terakhir, golongan hartawan. Tuhan telah melapangkan kehidupanmu & mengurniakan rezeki yg banyak kpdmu. Apakah yg engkau telah lakukan dgn nikmat2 itu dlm kehidupanmu di dunia? Jawab si hartawan, "Aku menafkahkan harta yg banyak itu ke jalan Allah. Allah berfirman: Engkau berdusta kerana engkau menafkahkan harta itu hanyalah supaya engkau disebut org sebagai dermawan. Oleh itu, tempatmu ialah Neraka".
Pasti kita takut mendengar cerita tersebut & sudah tentu kita tidak mahu menjadi seperti golongan2 yg telah diceritakan dlm Hadis terbabit. Sebagai manusia biasa, kita selalu alpa sehingga pekerjaan yg baik pada awalnya menjadi sebaliknya dek kerana niat yg tdk ikhlas. Kita harus menanamkan sifat jujur dlm diri dengan apa jua yg kita lakukan di dunia & seharusnya niat perlulah ikhlas & bukannya mengharapkan pujian drpd org lain. Janganlah kita bermegah2 dgn apa yg kita ada di dunia ini kerana semuanya hanya pinjaman daripadaNya & bersifat sementara dan sesungguhnya niat itu akan menentukan tempat kita di akhirat kelak!

"Niat yg ikhlas mempermudahkan segala perbuatan kita"

No comments:

Post a Comment