2010-07-09

Menunggu Cinta Tuhan


aku bukanlah seorang kaki novel tapi jika ada kesempatan aku boleh menghabiskan 3buah novel dlm masa 2 hari. antara novel yg pernah aku baca "menunggu cinta Tuhan". walaupun novel 2 xbest & bukanlah tujuan aku utk menceritakan isinya disini,tapi mesejnya cukup berkesan.apa yg boleh aku kongsikan disini ialah sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari cinta kerana sememangnya manusia itu telah dicipta berpasangan. namun dalam kita ghairah mengejar cinta kdg2 kita terlupa siapa yg paling mencintai kita? Dan kpd siapa yg kita harus meletakkan cinta kita lebih daripada segalanya? pada dasarnya cinta manusia kebanyakannya hanya berlandaskan nafsu ataupun harta.bagaimana dgn Cinta Tuhan? Tuhan itu tidak pernah membezakan hamba2nya tdk kira kaya atau papa,cantik atau kurang rupa parasnya. Sesungguhnya Cinta Tuhan itu tiada tolok bandingya.
-cinta itu milik Tuhan-

2 comments: