
Assalamua'laikum. Aku sebenarnya bukanlah seorang yg meminati sejarah pada awalnya. Namun lama kelamaan baru aku menyedari bahawa sejarah itu perlu dikaji atau sekurang2 nya perlu diketahui. Mengapa aku mengatakan sejarah itu penting & apa kaitannya dgn tajuk diatas? Sebelum aku membincangkan dgn lebih lanjut tentang tajuk diatas, aku menyarankan agar kita kembali semula kpd sejarah kerana org Yahudi sendiri juga menyatakan bahawa lemahnya Islam itu kerana mereka tdk mengenal sejarah mereka sendiri! Jika kita kembali menyingkap zaman kegemilangan Islam seperti pada era Kerajaan Ummayah, Kerajaan Abbasiyah, ataupun Uthmaniyah ilmu pengetahuan berkembang dgn amat pesat pada ketika itu terutamanya pada zaman kerajaan Abbasiyah sehingga terbinanya Darul Hikmah di Baghdad yg boleh menempatkan sehingga 30 000 volume buku! Aku berani mengatakan disini bahawa para remaja di negara ini memandang enteng tentang kepentingan ilmu dan lebih suka melakukan perkara2 yg melalaikan jiwa. Dan hiburan2 yg melalaikan jiwa itu pula kebanyakannya dicipta oleh Yahudi! Namun perkara ini tdk akan terjadi jika para remaja tahu sejarah Islam & betapa hebatnya kerajaan2 Islam yg terdahulu. Tapi sayang ini tdk berlaku. Ilmu merupakan senjata yg impaknya boleh diumpakan spt senjata nuklear. Lihat sahajalah bagaimana hebatnya orang2 Barat mengusai ilmu sehingga mereka boleh menjajah minda masyarakat Islam di negara ini. Untuk membebaskn minda masyarakat kita, kuncinya mudah iaitu ILMU! Dengan adanya ilmu pastinya masyarakat mampu bersaing dengan dunia Barat & tdk akan mudah terpengaruh dgn dakyah2 yg boleh merosakkan jiwa terutamanya daripada golongan Yahudi! Ketika Barat tewas dlm Perang Salib dibawah pimpinan Ayyubi, Ketua Gereja (kristian) pada ketika itu telah menyatakan dlm wasiat beliau, "kita tewas di dlm peperangan kerana umat Islam berperang utk mati, manakala tentera kita berperang utk hidup". Oleh itu salah satu cara yg terbaik utk menumpaskan umat Islam ialah dgn menjajah minda serta melalaikan mereka dgn urusan agama". Dan ternyata Barat telah berjaya melunaskan wasiat terbabit kerana Islam hari ini amat lemah dan sering ditindas. Seandainya coretan ini dpt dibaca oleh para remaja diluar sana ingin aku menyeru kpd mereka agar bangkit daripada lamunan kerana kita semakin terkebelakang. Tanamkanlah sifat kecintaan terhadap ilmu dan kembali kpd asal usul kita (sejarah) kerana ilmu umpama nuklear dan tanpa mengenal sejarah kita akan terus terleka!
''Ilmu melakar masa hadapan"
''Ilmu melakar masa hadapan"



