2010-07-10

Rasionalkah kerajaan bersikap terlalu terbuka?

Assalamu'alaikum. Tajuk di atas mempunyai tanda soal dipenghujungnya & sememangya memerlukan jawapan utk merungkai persoalan terbabit. Seperti yg telah aku nyatakan dlm 'post' yg terdahulu, aku perlu mengamalkan sikap ''neutral" dalam membincangkan isu2 yg membabitkan dasar2 kerajaan mahupun pembangkang. Tetapi itu tdk bermaksud aku tdk boleh melontarkan pandangan peribadi yg melibatkan isu2 tertentu. Dan itu merupakan hak asasi sebagai rakyat yg hidup di dalam negara yg mengamalkan sistem demokrasi kerana aku tdk mahu menjadi golongan parochial ataupun subject dimana kedua2 golongan terbabit tdk berminat ukt membincangkan soal2 yg berkaitan dgn politik amnya & dasa2 kerajaan khususnya. Di dalam membincangkan sejauh manakah keterbukaan kerajaan terutamanya yg membabitkan hak2 utk bersuara tdk kiralah secara langsung ataupun tidak spt melalui media cetak @ elektronik, perkara pertama yg perlu diambil kira ialah Perlembagaan Persekutuan. Adakah terdapat sebarang halangan yg telah termaktub di dlm perlembagaan mengenai kebebasan bersuara? Jawapannya TIDAK. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Perkara 10, telah dinyatakan bahawa setiap individu dinegara ini bebas utk bersuara. Namun adakah rasional jika Perkara 10 itu dijadikan ukuran seterusnya menjadi lesen kpd mana2 individu ataupun parti utk bersuara tanpa batasan?
Berdasarkan kajian yg telah dilakukan oleh Badan Antarabangsa, statistik menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan yg corot dari segi kebebasan media berbanding dgn negara2 maju yg lain tetapi masih boleh diklasifikasikan sebagai terbuka. Secara logiknya, sikap terlalu terbuka boleh mengakibatkan ketidakstabilan politik & ekonomi apabila semua pihak boleh bersuara tanpa batasan. Ini perkara normal! Malahan juga aku percaya jika ditakdirkan pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada pilihanraya yg akan datang, mereka juga akan mengambil pendekatan yg sama dgn kerajaan yg sedia ada iaitu tdk terlampau memberi kebebasan kpd pihak lawan kerana ianya akan merugikan mereka sendiri. Perkara ini perlu diakui kerana pihak yg mentadbir perlu menjaga kepentingan mereka dan langkah terbaik ialah tdk terlalu memberikan kebebasan. Sebagai bukti, tiada satu pun kerajaan di dunia ini yg akan memberi ruang kpd pihak lawan (pembangkang) utk menjatuhkan mereka dengan memberi total freedom spt kebebasan bersuara kerana pasti banyak kelemahan,kecacatan, bahkan penyelewengan kerajaan yg sedia ada akan terbongkar. Malahan, Amerika Syarikat yg dianggap champions of democracy juga tdk bersikap terlalu terbuka bagi sesetengah perkara. Jadi perlukah kerajaan bersikap terlalu terbuka???

p/s: Ilham Pena tidak menyebelahi kerajaan mahupun pembangkang di dlm menulis

"Berdiam diri lebih baik kerana, Orang yg banyak berkata2 lebih banyak kesalahannya"


2 comments: